Onom adalah satu bangsa makhluk halus, bepusat di kawasan sebuah rawa seluas 947 hektar, bernama Rawa Onom.
Seseorang itu tidak boleh sembarangan membicarakan tentangnya sebab ada sahaja akibatnya. Begitulah kata penduduk Banjar, Ciamis. Orang Banjar, Kabupaten Ciamis menyebutnya sebagai siluman. Siluman mempunyai erti tersendiri untuk sebutan kelompok halus. Kata seorang penduduk Purwaharja, siluman dirujuk kepada makhluk halus yang dulunya wujud sebagai manusia biasa. Namun kerana “Ngahiang” (menghilang), dan menjadi makhluk halus, maka disebutnya siluman.
Katanya lagi, sehingga tahun 1942 wilayah Kecamatan Purwaharja ini dikenali sebagai Kampung Siluman.Disebut sedemikian rupa adalah kerana orang masih menganggap bahawa kampung itu tergolong didalam wilayah kekuasaan bangsa Onom.
Bangsa Onom kononnya mempunyai kerajaan sendiri bernama Pulo Majeti. Hingga kini wilyah yang bernama Pulo Majeti masih tetap ada dan banyak diziarahi oleh orang orang luar, sehingga dari Pulau Jawa.
Kata seorang penduduk sekitar kawasan itu, “Bagi mata biasa, Pulo Majeti hanyalah berupa gugusan pulau kecil ditengah rawa bernama Rawa Onom. Namun bagi orang-orang tertentu, itu adalah sebuah kerajaan.”
Menurut seorang jurucakap Pulo Majeti, bernama Bapak Omod, memberitahu bahawa yang berkuasa di KerajaanPulo Majeti adalah bernama Prabu Selang Kuning. Isterinya bernama Ratu Gandawati.Dia mempunyai aparat (?) iaitu Patih Kalintu dan abdi didalamnya adalah Mas Bugel, Ki Bedegel, Ki Rempung dan Mas Jemblung. Setiap saat mereka berada disana dan setiap saat mereka melayani permintaan para penziarah.
Prabu Selang Kuning dulunya adalah manusia biasa. Beliau adalah patih kepercayaan Kerajaan Guluh.Oleh kerana perselisihan faham dengan Kerajaan Guluh dan untuk menghindarkan dari kekecohan, beliau “berpindah” ke alam lain bersama rakyatnya yang setia.
Sehingga ke dekad 80-an ketika diadakan perayaan khusus misalnya, maka jika dari pelbagai kalangan yang dijemput, bangsa Onom juga turut di undang. Perarakan kuda-kuda dihiasi dengan cantik tetapi dalam keadaan kosong dan tiada penunggang. Namun anehnya, melihat kepada keaadan kuda itu berjalan seperti membawa beban yang berat. Kononnya kuda itu ditunggangi oleh wakil-wakil bangsa Onom.
Disediakan juga sebuah kamar istimewa dipersiapkan dengan pakaian yang cantik khusus untuk “jemputan khas” ini.
Kata orang-orang tua di situ, jika berlaku atau ternampak sesuatu yang aneh ketika perarakan sedang berjalan, janganlah sesekali ditegur.